Thursday, August 26, 2010

Contest Kad Raya dan Kenangan Silam



Pernah dapat kad raya tak??? Tipulah kalau kata tak pernah kan? Sape tak pernah dapat kad raya, memang kira pelik la. Pelik yang betul betul pelik. Takkan walau satu pun kad raya tak pernah dapat sepanjang hidup nih, kan?

Tak pernah jugak???? Isyhh, apa tak glemer benar korang nih? ahahahah opps, gelak jahat pulak bulan puasa nih. ok ok. mari adik adik, anak-anak, join "Contest Kad Raya dan Kenangan Silam" nih. Giler best, join je dapat kad raya. Pemurah betul kan tuan empunya blog nih?

Kalau nak bukak citer pasal kenangan yang bersangkut paut dengan kad raya nih, memang banyak. Pernah satu ketika dulu, tulis kad raya sampai berbelas-belas dalam satu malam. Siap print lirik lagu "Suasana Hari Raya". Dengar lagu dekat PC, lepas tuh tekan play-pause, taip satu-satu. Dulu, tak tau lagi nak tanya menanya Encik Google. Even internet pun belum pasang kat rumah masa tuh. Susun lirik tuh kecik-kecik dalam MsWord, pastuh 1 page boleh dapat 9 lirik lagu. Masa tuh, tingkatan 4 kot. Siap tulis "p/s: aku suka lagu raya nih, korang kalau dengar lagu nih, ingat-ingat aku eh? ;)"

Masa tuh, rasa dah habis kreatif dan kiut sangat la tuh. Penerimanya adalah kawan-kawan sekelas yang kat asrama. Lepas tuh, bila naik je cuti sekolah, budak-budak sekelas start mengejek, menyanyi beriya-iya siap bersiul, siap ulang balik ayat dalam kad raya. Cettt. Siap rasa malu sendiri masa tuh. Yang penting, siap cakap kat bebudak laki yang menganjing tuh, "Kurang asam eh korang, dah la tak balas kad raya aku. Siap kutuk-kutuk plak tuh. Next time, jangan harap ada kad raya untuk korang eh."

Budak lelaki, bila kita cakap camtuh, lagi la kuat diorang usik kan? Tapi, yang pasti, bila nak ambik buku dalam laci meja sekolah tuh, ada la 4, 5 keping kad raya tersadai kat situ. Paling best, ada yang siap bagi lirik lagu balik. Memang kenangan waktu tuh. Bila imbau imbau balik, rasa macam swittt je zaman sekolah dulu.

Doraemon, nak pinjam mesin masa boleh???

3 comments:

Asyraf Hamasaki said...

Terima kasih kerana sudi menyertai ;-)
Penyertaan di terima
Kod peserta adalah 013
sila hantarkan alamat rumah * utk penghantaran kad raya *
di Email adress
asyrafhamasaki@gmail.com

cekkeya said...

Ok, sudah hantar. thanx ye ;)

Anonymous said...

hehehe kada raya dalam laci meja tu... siapa yang bagi?

kisah kad raya