Monday, August 16, 2010

Contest : Kenangan bersama Ramadhan & Syawal



Kali nih, join contest yang bertemakan "Kenangan bersama Ramadhan & Syawal". Nih bukan orang yang nama dia Syawal ataupun Ramadhan ye. Juga tak de kait mengait dengan Shawal AF5. ;) Shadap u. Tak lawak okes.

Ok ok, sekarang ini yang betul betul punye serius. Buat muka ketat sket. Nih sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat, juga bulan Syawal. Tuan punya blog Adyshariz, telah bermurah hati menawarkan hadiah yang sangat sangat menarik. Meh kita ramai-ramai join meriahkan lagi contest nih eh. Klik blog nih dan ini. Oh, saya sudah follow. Pis (^_~)V

Bila semak balik gambar gambar dulu-dulu, teringat satu gambar nih.


Taraaaa!!! Inilah gambar kenangan berbuka bersama abang Syawal dan abang Ramadhan. Eh tak tak tak. Apa jadi pada keseriusan dan muka ketat tadi? Ehehe.

Gambar nih sebenarnya 3 gambar, tapi, cut and paste jadi satu gambar. Boleh kan? ;) Gambar nih sekerat sekerat. Semua dah malas nak bangun untuk bergambar. Ingat lagi waktu nih, semua dah lepak je sebelum tunggu waktu berbuka. Kira masing-masing main pas henpon je. Sorang belah sini tolong ambik gambar orang sebelah sana. Orang belah sana pulak ambik gambar orang sebelah sini. Eh, apa berbelit belit ayat nih?

Waktu nih boleh dikatakan kenangan waktu Ramadhan. Berbuka dengan kawan-kawan dekat Ani Sup Utara Seksyen 7. Petang sebelum tuh, ada kelas. Biasalah, borak-borak sebelum tunggu lecturer masuk, then, terkeluarlah pasal nak berbuka puasa sama-sama. Cepat-cepat je, kawan sorang nih book tempat dekat situ lepas habis kelas. Dekat pukul 6.30 je, masing-masing dah terpacul dekat kedai Sup Ani tuh.

Kawan sorang nih, kira bangga giler la sebab nama dia terpampang besar dekat atas meja tuh. Siap tulis ”Reserved for Cik Mahirah” tuh. Habis bangga sampai kembang-hidung-tak-kuncup-kuncup dia hari tuh. Ahhaha Ampun ye Mai ;)

Itu kenangan sebab tuh kira puasa terakhir dengan diorang semua nih. Eh tak, jangan salah faham. Takde kena mengena dengan yang hidup atau mati nih. ;) Dah dekat setahun tak jumpa diorang. Rindu nak pergi kelas sama-sama, borak sama-sama, gurau sama-sama, makan sama-sama. Ahhh, bila sebut rindu je, mula la nak layu-layuan nih. Haisyh.

Citer pasal Kenangan Syawal pulak. Banyak sangat kenangan waktu Syawal nih. Yang pahit ada, manis ada, masam masam manis pun ada. Sebab kenangan Ramadhan kait mengait dengan kawan sekelas, gambar kali nih pun tentang kenangan syawal dengan rakan sekelas.




Waktu nih Hari Terbuka Rumah Zati. Ramai-ramai pakat serbu. Yelah, sapa tak suka makan free kan? ekekkeke Kebetulan pulak masa tuh, hari jadi 5 orang kawan sekelas, gabung sekali jadi satu. Ada dua kek masa nih. Nyanyi sama-sama lagu Happy Birthday, pastuh tiup lilin ramai-ramai, makan ketupat lontong, ambik gambar lagi ramai-ramai, konvoi ramai-ramai. Memang terbaik laaa masa tuh. Meriah sangat. Oh, rindu datang lagi!!! Korang semua, rindu dekat koranggggg! Auucchhh.

Ok, dah cukup panjang dah entry nih. Harap memenuhi citarasa tuan empunya blog eh. Klik sini cepat untuk join eh? ok lah, nak layan lagu rindu serindu-rindunya. Ah, apa kes?

ps://craving for cartoon pillow second prize tuh. fuhhhhh. terbaikkk. ahhaha

No comments: