Masihkah kau ingat?
Tika ibu memegang jari halusmu,
Ibumu bilang, "anakku ini anak Cina."
Kemudian, ayahmu datang mendekat.
"Tidak, ini anak Jawa. Hidungnya seakanku."
Ibu ketawa. "Matanya kecil sepertiku."
Lalu, mereka bergaduh manja keranamu.
Masihkah kau ingat?
Hari demi hari kian berlalu,
Kau bilang, kau anak Jawa seperti Mawi.
Kau bilang, kau kacukan cina seperti Louisa Chong.
Akan tetapi, rakanmu bilang kulitmu matang seperti Jaclyn.
Kau pulang ke rumah menangis kecil,
Mengadu nasib pada si ibu dan si ayah.
Masihkah kau ingat?
Ayah tepuk bahumu,
Ibu peluk dirimu,
"Tidak kisah warna kulit, walau apa bangsa dan agama."
"Kau tetap anak yang kami sayang. Tetap anak MALAYSIA."
"Lahir di bumi bertuah ini. "
"Kau anak Merdeka."
"Banggalah duhai anakku. Kejarlah cita-citamu."
"Bawa nama Malaysia ke persada tinggi."
Lalu, kau ukir senyum di bibir,
Kau pahat kata-kata hikmah itu di hati,
Kau bangun tanpa peduli,
Masihkah kau ingat?
Tika itu,
Kau berlari-lari pada rakanmu,
Kau katakan dengan lantang,
"Aku anak Malaysia. Kau juga sama."
"Tiada beza antara kita. Kita tinggal di sini. "
"Negara ini. Malaysia jualah kita semua."
Lalu, dengan perlahan,
Rakanmu ikut sama menggangguk mengiyakan katamu.
Masihkah kau ingat?
Dulu,
Kau bangga kerana kau anak Malaysia,
Kau canang satu negara milik bersama,
Kau ikut sama mengibarkan Jalur Gemilang,
Namun,
Kini, kau lupa semuanya.
Kau lupa pada semangat itu,
Kau lupa ibu dan ayah,
Kau lupa pada rakanmu,
Kau hilang entah ke mana.
Tidakkah kau sedar?
Tidakkah kau sedar duhai anakku?
Kita sudah lama merdeka,
Kau masih terpenjara.
Kita sudah lama maju,
Kau juga yang masih kaku dan mundur.
Jangan kerana perkara enteng itu, kau lupa semuanya.
Jangan anakku.
bendera nih dekat shopping complex, main snap je nih. Selamat Hari Merdeka, duhai anak-anak merdeka!!!
Sekian. ;)
Meh kawan-kawan, semarakkan lagi semangat kemerdekaan. Join contest anak malaysia anjuran Cik Adeq nih.
No comments:
Post a Comment