Tiba-tiba je, mood nak raya datang berkobar-kobar. Jadi, haruslah imbau kenangan raya dulu dulu kala kan?
Seingat aku la kan, raya 2008 paling aku terkenang-kenang. Meh aku bagi korang tengok sket gambar kenangan raya 2008.
Kenapa Saya Terkenang-kenang Raya tahun 2008 nih? Swit je kan, guna saya-awak. Auchh. ;)
1. Saya beraya dengan Siti Nurhaliza tahun 2008 tuh. Sila Teruja ye, anak-anak sekalian. Tapi, malangnya, sebab entry nih berkait rapat dengan contest "Raya Dalam Kenangan" oleh Tuan Empunya Blog ini, dan dia kata cuma masukkan satu gambar je dalam entry, no collage, jadi, terpaksa di potong itu gambar. [baca: gambar dengan Siti Nurhaliza]
2. Hampa kan? tak dapat tengok saya dengan Siti Nurhaliza berposing sakan di Hari Raya? Ecececeh, poyo la kau. Ingat kau sapa? Sepupu-sepapat-sepinggan-secawan dengan Siti? (-_-") Adeihhhh.
3. Abaikan sebab musabab nombor satu dan dua. Ini sebab musabab yang serius punye. Raya 2008 paling meriah, satu sebab: beraya dekat rumah baru! Syukur betul masa tuh. Lepas rumah baru tuh lulus je, terus pakat-pakat beli barang perabot dengan abang kakak, terus je rasmi tinggal rumah baru!!! Kenangan betul semua tuh.
4. Sebab dua: Beraya dengan Kamera Baru. Kamera baru tuh ekceli akak punye, dia beli Nikon DSLR , jadi, memang asyik posing sakan dengan kamera baru dia. Makan kuih dekat rumah orang pun posing, makan ketupat pun posing depan kamera, sampai basuh pinggan pun posing sekali. Gila kamera betul kan?
5. Sebab tiga: Nampak tak dalam gambar-di-atas-yang-tiada-Siti-Nurhaliza? Baju jalur-jalur warna biru-pink tu? Baju tuh beli last-minute dekat JJ. Bila pakai baju tuh masa pergi sembahyang raya, ada la suara sumbang sumbing, "Nak pergi masjid ke, nak pergi raya?". Sampai sekarang, aku ingat lagi kata-kata sumbang tuh. Kenangan. Paling penting, baju jalur-jalur biru pink nih, tersenarai sebagai contoh-contoh pakaian temuduga. Meh klik sini meh. Cari eh baju biru pink nih sampai jumpa. Ehehe. Beli baju kat JJ nih, possibility baju nak sama dengan orang lain adalah amat besar, kan?
6. Sebab empat: Raya tahun 2008 nih paling swit nak dikenang sebab masa tuh, pergi ikut marhaban keliling kampung. Raya tahun lain, sangat malas nak ikut, tapi, tahun tuh tetiba je rajin nak ikut. Marhaban dari rumah ke rumah. Pagi makan roti jala, lontong, rendang, mee bandung, pendek kata, macam-macam makanan masuk dalam perut masa tuh. Kira swit la kalau ingat balik.
7. Sebab akhir:Banyak lagi sebab sebenarnya, tapi nih dah terlebih panjang. Jadi, oleh sebab aku kata, raya 2008 yang paling terkenang-kenang dan terimbau-imbau, maka, itu lah jua sebabnya. Jangan tanya kenapa, kenapa lagi, okes? ;)
Dan, akhir sekali...Siapa yang nak
ps://sebenarnya, rasa pelik je sebut "raya dalam kenangan". Macam "Din Beramboi dalam Kenangan, Yasmin Ahmad dalam kenangan". Isk Isk Isk, sebak pulak rasa bila tengok Spontan takde Din. Iklan raya tak seindah biasa. Al-Fatihah.
1 comment:
Salam...
Thanks ye join contest sy...
Menarik juga citer awak ni...
Apa2 pon, gudluck k...
Selamat berpuasa...
Post a Comment