Monday, September 20, 2010

Kad dan Duit Raya dari Asyraf Hamasaki

Sapa-sapa yang join Contest Kad Raya & Kenangan Silam 4 September 2010 mesti dah terima kad raya ke alamat masing-masing sama ada sebelum atau selepas raya.

Aku dah dapat dah!!! Raya keenam kalau tak silap, selamat sampai ke Johor. Thanx ye Encik Penganjur dan Cik Penganjur!

Penat jugak Encik Penganjur nak tulis berpuluh-puluh kad dalam satu masa. Tulis guna tangan pulak tuh. Wah, takkan guna kaki pulak kan? tak tak, maksudnya, bukan bantuan komputer. Original handmade.

Paling best, kad raya tuh datang sekali dengan sampul duit raya dan isi warna merah!!! ;)


Nampak kan sampul tuh? Kad cantik, tulisan cantik, sampul pun cantikkkk!!! Thanx sekali lagi!!!

Dah besar pun masih boleh dapat duit raya kan? eheheh.

Encik Penganjur dan Cik Penganjur nih rasanya tulis kad raya berdua. Ada satu tulisan cantik, dan satu lagi ala-ala boys punye tulisan la. Dapat detect kan tulisan boy yang mana satu?



Bila dapat kad raya nih, adik saya siap cakap, "Eh, pesal tulisan nih cantik, yang satu lagi lain je?"

Neway, saya pun harap ukhwah dengan rakan-rakan bloggers yang lain terus kekal. Meh jemput ke blog encik penganjur http://asyrafhamasaki.blogspot.com/ dan http://famefeedfab.blogspot.com/

Oh ye, nih blog saya yang ada citer citer merapu http://cekkeya.blogspot.com. Sekali lagi, thanx ye, saya amat gumbira bila terima kad raya tuh !!! ;)

Selamat Hari Raya, tak sempat kot nak "pecah kaca, pecah gelas..." ahhaah Saya pecah gelas dan kaca kat sini je la eh (^_^)V

No comments: