Showing posts with label siapa tak suka give away. Show all posts
Showing posts with label siapa tak suka give away. Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

ButterflyShop 1st Giveaway



Saya ingin menang hadiah daripada ButterflyShop kerana makcik kesayangan saya baru saja melahirkan anak, dan belum sempat lagi memikirkan hadiah apa yang seswai untuk makcik kesayangan. Harap-harap dapat rezki murah, dapat hadiahkan pada makcik tu "Support pillow baby". Dapat save duit untuk beli hamper baby ;) Al-maklum, student tiada pendapatan, beginilah. ehehhe

Kalau tak dapat, dapat topap rm5 pun jadi la kan? Buat forward mesej raya, call kawan terdekat, best kan? Meh ramai-ramai join ButterflyShop 1st GA nih.

Saturday, August 28, 2010

Syifa Punya Kraf: 1st Give Away

Hye adik adik, kakak-kakak mahupun abang-abang, meh join Giveaway dari Syifa Punya Kraf meh. Hadiah dia macam dalam gambar, tapi hanya sekadar ilustrasi, tapi lebih kurang camtuh la. Eh, apa berbelit-belit nih?





Harap-harap bertuah la kan? tarikh tutup dia 2 September 2010. Meh meh join ye anak-anak. Klik sini.

Monday, August 16, 2010

Contest : Kenangan bersama Ramadhan & Syawal



Kali nih, join contest yang bertemakan "Kenangan bersama Ramadhan & Syawal". Nih bukan orang yang nama dia Syawal ataupun Ramadhan ye. Juga tak de kait mengait dengan Shawal AF5. ;) Shadap u. Tak lawak okes.

Ok ok, sekarang ini yang betul betul punye serius. Buat muka ketat sket. Nih sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat, juga bulan Syawal. Tuan punya blog Adyshariz, telah bermurah hati menawarkan hadiah yang sangat sangat menarik. Meh kita ramai-ramai join meriahkan lagi contest nih eh. Klik blog nih dan ini. Oh, saya sudah follow. Pis (^_~)V

Bila semak balik gambar gambar dulu-dulu, teringat satu gambar nih.


Taraaaa!!! Inilah gambar kenangan berbuka bersama abang Syawal dan abang Ramadhan. Eh tak tak tak. Apa jadi pada keseriusan dan muka ketat tadi? Ehehe.

Gambar nih sebenarnya 3 gambar, tapi, cut and paste jadi satu gambar. Boleh kan? ;) Gambar nih sekerat sekerat. Semua dah malas nak bangun untuk bergambar. Ingat lagi waktu nih, semua dah lepak je sebelum tunggu waktu berbuka. Kira masing-masing main pas henpon je. Sorang belah sini tolong ambik gambar orang sebelah sana. Orang belah sana pulak ambik gambar orang sebelah sini. Eh, apa berbelit belit ayat nih?

Waktu nih boleh dikatakan kenangan waktu Ramadhan. Berbuka dengan kawan-kawan dekat Ani Sup Utara Seksyen 7. Petang sebelum tuh, ada kelas. Biasalah, borak-borak sebelum tunggu lecturer masuk, then, terkeluarlah pasal nak berbuka puasa sama-sama. Cepat-cepat je, kawan sorang nih book tempat dekat situ lepas habis kelas. Dekat pukul 6.30 je, masing-masing dah terpacul dekat kedai Sup Ani tuh.

Kawan sorang nih, kira bangga giler la sebab nama dia terpampang besar dekat atas meja tuh. Siap tulis ”Reserved for Cik Mahirah” tuh. Habis bangga sampai kembang-hidung-tak-kuncup-kuncup dia hari tuh. Ahhaha Ampun ye Mai ;)

Itu kenangan sebab tuh kira puasa terakhir dengan diorang semua nih. Eh tak, jangan salah faham. Takde kena mengena dengan yang hidup atau mati nih. ;) Dah dekat setahun tak jumpa diorang. Rindu nak pergi kelas sama-sama, borak sama-sama, gurau sama-sama, makan sama-sama. Ahhh, bila sebut rindu je, mula la nak layu-layuan nih. Haisyh.

Citer pasal Kenangan Syawal pulak. Banyak sangat kenangan waktu Syawal nih. Yang pahit ada, manis ada, masam masam manis pun ada. Sebab kenangan Ramadhan kait mengait dengan kawan sekelas, gambar kali nih pun tentang kenangan syawal dengan rakan sekelas.




Waktu nih Hari Terbuka Rumah Zati. Ramai-ramai pakat serbu. Yelah, sapa tak suka makan free kan? ekekkeke Kebetulan pulak masa tuh, hari jadi 5 orang kawan sekelas, gabung sekali jadi satu. Ada dua kek masa nih. Nyanyi sama-sama lagu Happy Birthday, pastuh tiup lilin ramai-ramai, makan ketupat lontong, ambik gambar lagi ramai-ramai, konvoi ramai-ramai. Memang terbaik laaa masa tuh. Meriah sangat. Oh, rindu datang lagi!!! Korang semua, rindu dekat koranggggg! Auucchhh.

Ok, dah cukup panjang dah entry nih. Harap memenuhi citarasa tuan empunya blog eh. Klik sini cepat untuk join eh? ok lah, nak layan lagu rindu serindu-rindunya. Ah, apa kes?

ps://craving for cartoon pillow second prize tuh. fuhhhhh. terbaikkk. ahhaha

Sunday, August 15, 2010

Polkadot's Cottage 1st Give Away



Nampak kan gambar kat atas nih? Siapa tak nampak tuh, dah nak dekat a maknanye. ehehe ok, gurau gurau, tak leh gurau masuk surau la, bak kata budak budak sekarang.

Ok ok, tak mau melalut lagi. Polkadot's Cottage telah bermurah hati untuk memberi hadiah hadiah kat atas nih (rujuk gambar).

Tuan empunya blog suruh letak sekali kenapa kita kata kita layak menang hadiah dari Polkadot's Cottage nih.

Jap, bagi 5 saat dulu eh. Nak fikir jap.
.
..
...
....
.....
Ok, cukup 5 saat.

Nih jawapan: Saya patut menang hadiah dari Polkadot's Cottage ni sebab hadiah tu sangat mengujakan, sehingga saya rasa saya adalah orang yang patut dapat benda ini. Eh, cam tak cukup bagus je syarat kelayakan nih kan? ahahah

OK, kali nih siyes ok. Siapa tak suka giveaway kan? Lagi lagi yang comel the bomb cam nih. Welcoming board tuh boleh gantung dekat depan bilik dekat hostel. Pasti comel je, lepas tuh mengundang penjual penjual yang dari bilik ke bilik masuk promote barang. Diorang suka bagi sample kuih, sample kurma, bagi cuci mata tengok tudung-tudung, selendang comel-comel. Kalau tak beli pun, dapat cuci mata, dapat rasa sample free. Tipulah kalau sapa kata dia tak suka barang free. Kan? Pastuh, set glass tu, boleh guna untuk raya kan? Cantik dan ada style. Ceh, dah macam buat iklan je nih. Oleh itu, saya rasa saya layak menang hadiah dari Polkadot's Cottage disebabkan saya mahu daya penarik welcoming sign tuh menarik segala macam orang yang saya nyatakan di atas tadi. Eheh.

Sekian, marilah kita join ramai-ramai giveaway nih eh. Lagi ramai lagi bagus kan?

Saya nak tag: AmatineNoor, Khairiah, Mahirah.

Saturday, August 14, 2010

Ayu Little Cottage Giveaway



Give Away lagi. Suka kan dengar? Tuan Punya Blog yang budiman dah tanya sapa nak barang-barang kat atas nih sila angkat kaki dan tangan. Tak cukup dengan kaki dan tangan sendiri, dah suruh dah anak sedara, adik-adik angkat kaki hentak-hentak lantai sekali. hehehe

Mustahil la sapa yang tak nak kan? Ok, soalan lagi, nih kopipes dari tuan punya blog,

"Jika anda mendapat quilt bag ini nanti, apa yang anda akan masukkan kedalam beg tersebut dan kemanakah anda akan bawanya?"

Oh quilt bag tu sangat menawan hati. Kalau dapat la, harap-harap dapat la kan, senang nak bawak pergi kelas ke, pakai baju kurung corak kosong, pastuh pakai beg nih. Uihh, terbaik kan? ahha pastuh, boleh letak telekung, senang sket bila nak pergi sembahyang, takde la sumbat je macam selalu, dan rasanya boleh jugak letak buku atau notes nak pergi ke kelas. Swit je rasa. hahaha payung pun boleh sumbat sekali. Oh, terlupa lagi satu. Botol air. Muat kot, kan?

Lagi satu, sebelum terlupa, sempena birthday and Anniversary Kak Ayu & Husband, Happy Anniversary ya, mudah mudahan berkekalan bahagia hingga hujung nyawa. Aminnnn.

p/s: Selamat terbang ke Switzerland ya ;)

Saya tag kuizikel, luvida, dan khairiah ye. Jom join ramai ramaiiiiii

Kelly's Life GiveAway



Comel betul apron nih kan? Warna pun ala-ala seswai je dengan apron tu. Sempena entry pertama (eh, ke yang kedua? ;)) harap harap tuah ni lekat la eh. Harap-harap dapat apron nih lepas tuh terus boleh belajar memasak dengan nenek, lepas tuh terus jadi calon menantu idaman setiap mak mertua. Chewaaahhh!!!

Nak join give away nih? klik sinih ok: Kelly's Life GA

Gud Lux ;)