Showing posts with label Siapa tak suka menang contest. Show all posts
Showing posts with label Siapa tak suka menang contest. Show all posts

Monday, September 20, 2010

Kad dan Duit Raya dari Asyraf Hamasaki

Sapa-sapa yang join Contest Kad Raya & Kenangan Silam 4 September 2010 mesti dah terima kad raya ke alamat masing-masing sama ada sebelum atau selepas raya.

Aku dah dapat dah!!! Raya keenam kalau tak silap, selamat sampai ke Johor. Thanx ye Encik Penganjur dan Cik Penganjur!

Penat jugak Encik Penganjur nak tulis berpuluh-puluh kad dalam satu masa. Tulis guna tangan pulak tuh. Wah, takkan guna kaki pulak kan? tak tak, maksudnya, bukan bantuan komputer. Original handmade.

Paling best, kad raya tuh datang sekali dengan sampul duit raya dan isi warna merah!!! ;)


Nampak kan sampul tuh? Kad cantik, tulisan cantik, sampul pun cantikkkk!!! Thanx sekali lagi!!!

Dah besar pun masih boleh dapat duit raya kan? eheheh.

Encik Penganjur dan Cik Penganjur nih rasanya tulis kad raya berdua. Ada satu tulisan cantik, dan satu lagi ala-ala boys punye tulisan la. Dapat detect kan tulisan boy yang mana satu?



Bila dapat kad raya nih, adik saya siap cakap, "Eh, pesal tulisan nih cantik, yang satu lagi lain je?"

Neway, saya pun harap ukhwah dengan rakan-rakan bloggers yang lain terus kekal. Meh jemput ke blog encik penganjur http://asyrafhamasaki.blogspot.com/ dan http://famefeedfab.blogspot.com/

Oh ye, nih blog saya yang ada citer citer merapu http://cekkeya.blogspot.com. Sekali lagi, thanx ye, saya amat gumbira bila terima kad raya tuh !!! ;)

Selamat Hari Raya, tak sempat kot nak "pecah kaca, pecah gelas..." ahhaah Saya pecah gelas dan kaca kat sini je la eh (^_^)V

Monday, August 30, 2010

~My_OnLine_Shopp 1st Giveaway Sempena Aidilfitri~

'Create



Malam nih, pas berbuka, blogwalking sekejap, pastuh terjumpa lah contest nih. Tertarik dengan hadiah almond london dengan kuih bahulu tuh Tepung Pracampuran Moist Chocolate Cake. Heh, almond london antara kuih moden kegemaran. Kuih bahulu tuh plak antara kuih tradisional yang jadi kegeraman tau. Ehehe.

Tengok tengok tarikh tutup contest sudah terlambat. 31 Ogos 2010. Ini sudah pukul 11 malam 30 Ogos nih. Tak boleh jadi nih. Kena rush kejar. Ehehe.

Ok, sedia? nak tarik nafas, taip laju-laju dan promot laju-laju. Semua laju kan?

1) Sekarang nih dah nak raya kan? Selalu mesej dan call yang tersayang, yang dibenci, jadi kengkadang mesti kredit tuh tak cukup kan? Apa kata jadi agen topap kat sinih??? Senang je kan? tak payah berlari-lari anak mahupun berlari-lari emak untuk ke kedai runcit semata-mata demi topap? Juga dapat side income kan?

2) Nak pergi sembahyang raya, tapi dah terlambat? Gunalah Alas Seterika Ajaib. Memang berbaloi-baloi, jimat masa dan tenaga anda. Nak tahu kenapa? Meh klik sinih ;)

3) Anda peminat coklat??? Klik sini untuk Tepung Pracampuran Moist Chocolate Cake. Murah dan Pasti anda tertarik ;)

Fuhhhh. Sudah hembus nafas. Kejap je kan?

Oleh itu, saya nak tag:

Kuizikel
Yah

Salam Ramadhannn ;)

Baju Raya Contest - Chenta Hati Mid



Tengok baju raya yang kaler biru eh ;)

BAJU RAYA INI PALING VOGUE kerana baju nih seperti berkilau walaupun tiada labuci mahupun manik, jalur menegak yang menampakkan ilusi kekurusan walaupun sebenarnya tidak, bila pakai baju nih terasa menjadi tumpuan, ecececehhh, paling penting, baju nih tersenarai sebagai baju contoh untuk temuduga, vogue kan?

"Nak pergi sembahyang ke, nak pergi rayaaa???" suara sumbang di masjid, ketika mengenakan baju nih untuk sembahyang raya.

Tuan empunya blog
, rasanya cukup dah syarat. Tak cukup bagitau eh? Saya nak tag:


Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya ;) Dadaaaaa

Wednesday, August 18, 2010

Raya dalam Kenangan






Tiba-tiba je, mood nak raya datang berkobar-kobar. Jadi, haruslah imbau kenangan raya dulu dulu kala kan? Ecececeh, tetiba pulak berkobar, padahal berkobar nak makan kek lapis sarawak. ;)

Seingat aku la kan, raya 2008 paling aku terkenang-kenang. Meh aku bagi korang tengok sket gambar kenangan raya 2008.


Kenapa Saya Terkenang-kenang Raya tahun 2008 nih? Swit je kan, guna saya-awak. Auchh. ;)

1. Saya beraya dengan Siti Nurhaliza tahun 2008 tuh. Sila Teruja ye, anak-anak sekalian. Tapi, malangnya, sebab entry nih berkait rapat dengan contest "Raya Dalam Kenangan" oleh Tuan Empunya Blog ini, dan dia kata cuma masukkan satu gambar je dalam entry, no collage, jadi, terpaksa di potong itu gambar. [baca: gambar dengan Siti Nurhaliza]

2. Hampa kan? tak dapat tengok saya dengan Siti Nurhaliza berposing sakan di Hari Raya? Ecececeh, poyo la kau. Ingat kau sapa? Sepupu-sepapat-sepinggan-secawan dengan Siti? (-_-") Adeihhhh.

3. Abaikan sebab musabab nombor satu dan dua. Ini sebab musabab yang serius punye. Raya 2008 paling meriah, satu sebab: beraya dekat rumah baru! Syukur betul masa tuh. Lepas rumah baru tuh lulus je, terus pakat-pakat beli barang perabot dengan abang kakak, terus je rasmi tinggal rumah baru!!! Kenangan betul semua tuh.

4. Sebab dua: Beraya dengan Kamera Baru. Kamera baru tuh ekceli akak punye, dia beli Nikon DSLR , jadi, memang asyik posing sakan dengan kamera baru dia. Makan kuih dekat rumah orang pun posing, makan ketupat pun posing depan kamera, sampai basuh pinggan pun posing sekali. Gila kamera betul kan?

5. Sebab tiga: Nampak tak dalam gambar-di-atas-yang-tiada-Siti-Nurhaliza? Baju jalur-jalur warna biru-pink tu? Baju tuh beli last-minute dekat JJ. Bila pakai baju tuh masa pergi sembahyang raya, ada la suara sumbang sumbing, "Nak pergi masjid ke, nak pergi raya?". Sampai sekarang, aku ingat lagi kata-kata sumbang tuh. Kenangan. Paling penting, baju jalur-jalur biru pink nih, tersenarai sebagai contoh-contoh pakaian temuduga. Meh klik sini meh. Cari eh baju biru pink nih sampai jumpa. Ehehe. Beli baju kat JJ nih, possibility baju nak sama dengan orang lain adalah amat besar, kan?

6. Sebab empat: Raya tahun 2008 nih paling swit nak dikenang sebab masa tuh, pergi ikut marhaban keliling kampung. Raya tahun lain, sangat malas nak ikut, tapi, tahun tuh tetiba je rajin nak ikut. Marhaban dari rumah ke rumah. Pagi makan roti jala, lontong, rendang, mee bandung, pendek kata, macam-macam makanan masuk dalam perut masa tuh. Kira swit la kalau ingat balik.

7. Sebab akhir:Banyak lagi sebab sebenarnya, tapi nih dah terlebih panjang. Jadi, oleh sebab aku kata, raya 2008 yang paling terkenang-kenang dan terimbau-imbau, maka, itu lah jua sebabnya. Jangan tanya kenapa, kenapa lagi, okes? ;)

Dan, akhir sekali...Siapa yang nak kek lapis join contest "Raya dalam Kenangan" nih, boleh serbu sini. Orang yang nak ditag untuk join sama adalah Mahirah, Khairiah, Che Wan, Kuizikel dan Ipa.



ps://sebenarnya, rasa pelik je sebut "raya dalam kenangan". Macam "Din Beramboi dalam Kenangan, Yasmin Ahmad dalam kenangan". Isk Isk Isk, sebak pulak rasa bila tengok Spontan takde Din. Iklan raya tak seindah biasa. Al-Fatihah.