Tuesday, August 31, 2010

ButterflyShop 1st Giveaway



Saya ingin menang hadiah daripada ButterflyShop kerana makcik kesayangan saya baru saja melahirkan anak, dan belum sempat lagi memikirkan hadiah apa yang seswai untuk makcik kesayangan. Harap-harap dapat rezki murah, dapat hadiahkan pada makcik tu "Support pillow baby". Dapat save duit untuk beli hamper baby ;) Al-maklum, student tiada pendapatan, beginilah. ehehhe

Kalau tak dapat, dapat topap rm5 pun jadi la kan? Buat forward mesej raya, call kawan terdekat, best kan? Meh ramai-ramai join ButterflyShop 1st GA nih.

Ka-Ching PreLoved Nak Bg Duit Raya




Hari nih cuti, kan? 31 Ogos 2010. Ada buat blogwalking, then, terpandang lah contest dari Ka-Ching PreLoved RAYA GIVE AWAY~

Bila tengok, tarikh tutup dia 31 Ogos. Dah hampa dah memula, tapi, bila baca lagi entry lain, tuan empunya blog kata dia nak extend tarikh ke 5 Ogos 2010. Yeaayyyy, boleh join, dan harap2 la bertuahhhhh. Aminnnn.

Sapa nak join gak, klik sini ok?

p/s: semua santekkkk la baju baju kat http://boingboingtoingtoing.blogspot.com dengan http://lipatsbundle.blogspot.com/, tapi malangnya tade saiz L @ XL yang available la, semua yg cantik dah di book. ehehe. Ok semua, selamat Hari Merdekaaa ;)

Monday, August 30, 2010

~My_OnLine_Shopp 1st Giveaway Sempena Aidilfitri~

'Create



Malam nih, pas berbuka, blogwalking sekejap, pastuh terjumpa lah contest nih. Tertarik dengan hadiah almond london dengan kuih bahulu tuh Tepung Pracampuran Moist Chocolate Cake. Heh, almond london antara kuih moden kegemaran. Kuih bahulu tuh plak antara kuih tradisional yang jadi kegeraman tau. Ehehe.

Tengok tengok tarikh tutup contest sudah terlambat. 31 Ogos 2010. Ini sudah pukul 11 malam 30 Ogos nih. Tak boleh jadi nih. Kena rush kejar. Ehehe.

Ok, sedia? nak tarik nafas, taip laju-laju dan promot laju-laju. Semua laju kan?

1) Sekarang nih dah nak raya kan? Selalu mesej dan call yang tersayang, yang dibenci, jadi kengkadang mesti kredit tuh tak cukup kan? Apa kata jadi agen topap kat sinih??? Senang je kan? tak payah berlari-lari anak mahupun berlari-lari emak untuk ke kedai runcit semata-mata demi topap? Juga dapat side income kan?

2) Nak pergi sembahyang raya, tapi dah terlambat? Gunalah Alas Seterika Ajaib. Memang berbaloi-baloi, jimat masa dan tenaga anda. Nak tahu kenapa? Meh klik sinih ;)

3) Anda peminat coklat??? Klik sini untuk Tepung Pracampuran Moist Chocolate Cake. Murah dan Pasti anda tertarik ;)

Fuhhhh. Sudah hembus nafas. Kejap je kan?

Oleh itu, saya nak tag:

Kuizikel
Yah

Salam Ramadhannn ;)

Baju Raya Contest - Chenta Hati Mid



Tengok baju raya yang kaler biru eh ;)

BAJU RAYA INI PALING VOGUE kerana baju nih seperti berkilau walaupun tiada labuci mahupun manik, jalur menegak yang menampakkan ilusi kekurusan walaupun sebenarnya tidak, bila pakai baju nih terasa menjadi tumpuan, ecececehhh, paling penting, baju nih tersenarai sebagai baju contoh untuk temuduga, vogue kan?

"Nak pergi sembahyang ke, nak pergi rayaaa???" suara sumbang di masjid, ketika mengenakan baju nih untuk sembahyang raya.

Tuan empunya blog
, rasanya cukup dah syarat. Tak cukup bagitau eh? Saya nak tag:


Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya ;) Dadaaaaa

Saturday, August 28, 2010

Lucky Draw Whos the Lucky One

Saya mahu! Beg yang comel comel belaka tu. Harap bertuah la eh? Nak join?


Meh Meh klik sini untuk join Lucky Draw nih.


Saya nak tag:
Kuizikel
Vanilla Bean
Amatine Noor
Mahirah
Nor Hidayah

Harap sangat dapat lucky draw nih. hadiah dia comel bangatttttt! Fuh kanan, Fuh kiri. Aminnnnn ;)

Syifa Punya Kraf: 1st Give Away

Hye adik adik, kakak-kakak mahupun abang-abang, meh join Giveaway dari Syifa Punya Kraf meh. Hadiah dia macam dalam gambar, tapi hanya sekadar ilustrasi, tapi lebih kurang camtuh la. Eh, apa berbelit-belit nih?





Harap-harap bertuah la kan? tarikh tutup dia 2 September 2010. Meh meh join ye anak-anak. Klik sini.

Contest Aku Anak Malaysia ;)



Masihkah kau ingat?
Tika ibu memegang jari halusmu,
Ibumu bilang, "anakku ini anak Cina."
Kemudian, ayahmu datang mendekat.
"Tidak, ini anak Jawa. Hidungnya seakanku."
Ibu ketawa. "Matanya kecil sepertiku."
Lalu, mereka bergaduh manja keranamu.
Masihkah kau ingat?

Hari demi hari kian berlalu,
Kau bilang, kau anak Jawa seperti Mawi.
Kau bilang, kau kacukan cina seperti Louisa Chong.
Akan tetapi, rakanmu bilang kulitmu matang seperti Jaclyn.
Kau pulang ke rumah menangis kecil,
Mengadu nasib pada si ibu dan si ayah.
Masihkah kau ingat?

Ayah tepuk bahumu,
Ibu peluk dirimu,
"Tidak kisah warna kulit, walau apa bangsa dan agama."
"Kau tetap anak yang kami sayang. Tetap anak MALAYSIA."
"Lahir di bumi bertuah ini. "
"Kau anak Merdeka."
"Banggalah duhai anakku. Kejarlah cita-citamu."
"Bawa nama Malaysia ke persada tinggi."
Lalu, kau ukir senyum di bibir,
Kau pahat kata-kata hikmah itu di hati,
Kau bangun tanpa peduli,
Masihkah kau ingat?

Tika itu,
Kau berlari-lari pada rakanmu,
Kau katakan dengan lantang,
"Aku anak Malaysia. Kau juga sama."
"Tiada beza antara kita. Kita tinggal di sini. "
"Negara ini. Malaysia jualah kita semua."
Lalu, dengan perlahan,
Rakanmu ikut sama menggangguk mengiyakan katamu.
Masihkah kau ingat?

Dulu,
Kau bangga kerana kau anak Malaysia,
Kau canang satu negara milik bersama,
Kau ikut sama mengibarkan Jalur Gemilang,
Namun,
Kini, kau lupa semuanya.
Kau lupa pada semangat itu,
Kau lupa ibu dan ayah,
Kau lupa pada rakanmu,
Kau hilang entah ke mana.
Tidakkah kau sedar?

Tidakkah kau sedar duhai anakku?
Kita sudah lama merdeka,
Kau masih terpenjara.
Kita sudah lama maju,
Kau juga yang masih kaku dan mundur.
Jangan kerana perkara enteng itu, kau lupa semuanya.
Jangan anakku.



bendera nih dekat shopping complex, main snap je nih. Selamat Hari Merdeka, duhai anak-anak merdeka!!!


Sekian. ;)

Meh kawan-kawan, semarakkan lagi semangat kemerdekaan. Join contest anak malaysia anjuran Cik Adeq nih.

Thursday, August 26, 2010

Contest Kad Raya dan Kenangan Silam



Pernah dapat kad raya tak??? Tipulah kalau kata tak pernah kan? Sape tak pernah dapat kad raya, memang kira pelik la. Pelik yang betul betul pelik. Takkan walau satu pun kad raya tak pernah dapat sepanjang hidup nih, kan?

Tak pernah jugak???? Isyhh, apa tak glemer benar korang nih? ahahahah opps, gelak jahat pulak bulan puasa nih. ok ok. mari adik adik, anak-anak, join "Contest Kad Raya dan Kenangan Silam" nih. Giler best, join je dapat kad raya. Pemurah betul kan tuan empunya blog nih?

Kalau nak bukak citer pasal kenangan yang bersangkut paut dengan kad raya nih, memang banyak. Pernah satu ketika dulu, tulis kad raya sampai berbelas-belas dalam satu malam. Siap print lirik lagu "Suasana Hari Raya". Dengar lagu dekat PC, lepas tuh tekan play-pause, taip satu-satu. Dulu, tak tau lagi nak tanya menanya Encik Google. Even internet pun belum pasang kat rumah masa tuh. Susun lirik tuh kecik-kecik dalam MsWord, pastuh 1 page boleh dapat 9 lirik lagu. Masa tuh, tingkatan 4 kot. Siap tulis "p/s: aku suka lagu raya nih, korang kalau dengar lagu nih, ingat-ingat aku eh? ;)"

Masa tuh, rasa dah habis kreatif dan kiut sangat la tuh. Penerimanya adalah kawan-kawan sekelas yang kat asrama. Lepas tuh, bila naik je cuti sekolah, budak-budak sekelas start mengejek, menyanyi beriya-iya siap bersiul, siap ulang balik ayat dalam kad raya. Cettt. Siap rasa malu sendiri masa tuh. Yang penting, siap cakap kat bebudak laki yang menganjing tuh, "Kurang asam eh korang, dah la tak balas kad raya aku. Siap kutuk-kutuk plak tuh. Next time, jangan harap ada kad raya untuk korang eh."

Budak lelaki, bila kita cakap camtuh, lagi la kuat diorang usik kan? Tapi, yang pasti, bila nak ambik buku dalam laci meja sekolah tuh, ada la 4, 5 keping kad raya tersadai kat situ. Paling best, ada yang siap bagi lirik lagu balik. Memang kenangan waktu tuh. Bila imbau imbau balik, rasa macam swittt je zaman sekolah dulu.

Doraemon, nak pinjam mesin masa boleh???

Wednesday, August 18, 2010

Raya dalam Kenangan






Tiba-tiba je, mood nak raya datang berkobar-kobar. Jadi, haruslah imbau kenangan raya dulu dulu kala kan? Ecececeh, tetiba pulak berkobar, padahal berkobar nak makan kek lapis sarawak. ;)

Seingat aku la kan, raya 2008 paling aku terkenang-kenang. Meh aku bagi korang tengok sket gambar kenangan raya 2008.


Kenapa Saya Terkenang-kenang Raya tahun 2008 nih? Swit je kan, guna saya-awak. Auchh. ;)

1. Saya beraya dengan Siti Nurhaliza tahun 2008 tuh. Sila Teruja ye, anak-anak sekalian. Tapi, malangnya, sebab entry nih berkait rapat dengan contest "Raya Dalam Kenangan" oleh Tuan Empunya Blog ini, dan dia kata cuma masukkan satu gambar je dalam entry, no collage, jadi, terpaksa di potong itu gambar. [baca: gambar dengan Siti Nurhaliza]

2. Hampa kan? tak dapat tengok saya dengan Siti Nurhaliza berposing sakan di Hari Raya? Ecececeh, poyo la kau. Ingat kau sapa? Sepupu-sepapat-sepinggan-secawan dengan Siti? (-_-") Adeihhhh.

3. Abaikan sebab musabab nombor satu dan dua. Ini sebab musabab yang serius punye. Raya 2008 paling meriah, satu sebab: beraya dekat rumah baru! Syukur betul masa tuh. Lepas rumah baru tuh lulus je, terus pakat-pakat beli barang perabot dengan abang kakak, terus je rasmi tinggal rumah baru!!! Kenangan betul semua tuh.

4. Sebab dua: Beraya dengan Kamera Baru. Kamera baru tuh ekceli akak punye, dia beli Nikon DSLR , jadi, memang asyik posing sakan dengan kamera baru dia. Makan kuih dekat rumah orang pun posing, makan ketupat pun posing depan kamera, sampai basuh pinggan pun posing sekali. Gila kamera betul kan?

5. Sebab tiga: Nampak tak dalam gambar-di-atas-yang-tiada-Siti-Nurhaliza? Baju jalur-jalur warna biru-pink tu? Baju tuh beli last-minute dekat JJ. Bila pakai baju tuh masa pergi sembahyang raya, ada la suara sumbang sumbing, "Nak pergi masjid ke, nak pergi raya?". Sampai sekarang, aku ingat lagi kata-kata sumbang tuh. Kenangan. Paling penting, baju jalur-jalur biru pink nih, tersenarai sebagai contoh-contoh pakaian temuduga. Meh klik sini meh. Cari eh baju biru pink nih sampai jumpa. Ehehe. Beli baju kat JJ nih, possibility baju nak sama dengan orang lain adalah amat besar, kan?

6. Sebab empat: Raya tahun 2008 nih paling swit nak dikenang sebab masa tuh, pergi ikut marhaban keliling kampung. Raya tahun lain, sangat malas nak ikut, tapi, tahun tuh tetiba je rajin nak ikut. Marhaban dari rumah ke rumah. Pagi makan roti jala, lontong, rendang, mee bandung, pendek kata, macam-macam makanan masuk dalam perut masa tuh. Kira swit la kalau ingat balik.

7. Sebab akhir:Banyak lagi sebab sebenarnya, tapi nih dah terlebih panjang. Jadi, oleh sebab aku kata, raya 2008 yang paling terkenang-kenang dan terimbau-imbau, maka, itu lah jua sebabnya. Jangan tanya kenapa, kenapa lagi, okes? ;)

Dan, akhir sekali...Siapa yang nak kek lapis join contest "Raya dalam Kenangan" nih, boleh serbu sini. Orang yang nak ditag untuk join sama adalah Mahirah, Khairiah, Che Wan, Kuizikel dan Ipa.



ps://sebenarnya, rasa pelik je sebut "raya dalam kenangan". Macam "Din Beramboi dalam Kenangan, Yasmin Ahmad dalam kenangan". Isk Isk Isk, sebak pulak rasa bila tengok Spontan takde Din. Iklan raya tak seindah biasa. Al-Fatihah.

Monday, August 16, 2010

Contest : Kenangan bersama Ramadhan & Syawal



Kali nih, join contest yang bertemakan "Kenangan bersama Ramadhan & Syawal". Nih bukan orang yang nama dia Syawal ataupun Ramadhan ye. Juga tak de kait mengait dengan Shawal AF5. ;) Shadap u. Tak lawak okes.

Ok ok, sekarang ini yang betul betul punye serius. Buat muka ketat sket. Nih sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat, juga bulan Syawal. Tuan punya blog Adyshariz, telah bermurah hati menawarkan hadiah yang sangat sangat menarik. Meh kita ramai-ramai join meriahkan lagi contest nih eh. Klik blog nih dan ini. Oh, saya sudah follow. Pis (^_~)V

Bila semak balik gambar gambar dulu-dulu, teringat satu gambar nih.


Taraaaa!!! Inilah gambar kenangan berbuka bersama abang Syawal dan abang Ramadhan. Eh tak tak tak. Apa jadi pada keseriusan dan muka ketat tadi? Ehehe.

Gambar nih sebenarnya 3 gambar, tapi, cut and paste jadi satu gambar. Boleh kan? ;) Gambar nih sekerat sekerat. Semua dah malas nak bangun untuk bergambar. Ingat lagi waktu nih, semua dah lepak je sebelum tunggu waktu berbuka. Kira masing-masing main pas henpon je. Sorang belah sini tolong ambik gambar orang sebelah sana. Orang belah sana pulak ambik gambar orang sebelah sini. Eh, apa berbelit belit ayat nih?

Waktu nih boleh dikatakan kenangan waktu Ramadhan. Berbuka dengan kawan-kawan dekat Ani Sup Utara Seksyen 7. Petang sebelum tuh, ada kelas. Biasalah, borak-borak sebelum tunggu lecturer masuk, then, terkeluarlah pasal nak berbuka puasa sama-sama. Cepat-cepat je, kawan sorang nih book tempat dekat situ lepas habis kelas. Dekat pukul 6.30 je, masing-masing dah terpacul dekat kedai Sup Ani tuh.

Kawan sorang nih, kira bangga giler la sebab nama dia terpampang besar dekat atas meja tuh. Siap tulis ”Reserved for Cik Mahirah” tuh. Habis bangga sampai kembang-hidung-tak-kuncup-kuncup dia hari tuh. Ahhaha Ampun ye Mai ;)

Itu kenangan sebab tuh kira puasa terakhir dengan diorang semua nih. Eh tak, jangan salah faham. Takde kena mengena dengan yang hidup atau mati nih. ;) Dah dekat setahun tak jumpa diorang. Rindu nak pergi kelas sama-sama, borak sama-sama, gurau sama-sama, makan sama-sama. Ahhh, bila sebut rindu je, mula la nak layu-layuan nih. Haisyh.

Citer pasal Kenangan Syawal pulak. Banyak sangat kenangan waktu Syawal nih. Yang pahit ada, manis ada, masam masam manis pun ada. Sebab kenangan Ramadhan kait mengait dengan kawan sekelas, gambar kali nih pun tentang kenangan syawal dengan rakan sekelas.




Waktu nih Hari Terbuka Rumah Zati. Ramai-ramai pakat serbu. Yelah, sapa tak suka makan free kan? ekekkeke Kebetulan pulak masa tuh, hari jadi 5 orang kawan sekelas, gabung sekali jadi satu. Ada dua kek masa nih. Nyanyi sama-sama lagu Happy Birthday, pastuh tiup lilin ramai-ramai, makan ketupat lontong, ambik gambar lagi ramai-ramai, konvoi ramai-ramai. Memang terbaik laaa masa tuh. Meriah sangat. Oh, rindu datang lagi!!! Korang semua, rindu dekat koranggggg! Auucchhh.

Ok, dah cukup panjang dah entry nih. Harap memenuhi citarasa tuan empunya blog eh. Klik sini cepat untuk join eh? ok lah, nak layan lagu rindu serindu-rindunya. Ah, apa kes?

ps://craving for cartoon pillow second prize tuh. fuhhhhh. terbaikkk. ahhaha

Sunday, August 15, 2010

Polkadot's Cottage 1st Give Away



Nampak kan gambar kat atas nih? Siapa tak nampak tuh, dah nak dekat a maknanye. ehehe ok, gurau gurau, tak leh gurau masuk surau la, bak kata budak budak sekarang.

Ok ok, tak mau melalut lagi. Polkadot's Cottage telah bermurah hati untuk memberi hadiah hadiah kat atas nih (rujuk gambar).

Tuan empunya blog suruh letak sekali kenapa kita kata kita layak menang hadiah dari Polkadot's Cottage nih.

Jap, bagi 5 saat dulu eh. Nak fikir jap.
.
..
...
....
.....
Ok, cukup 5 saat.

Nih jawapan: Saya patut menang hadiah dari Polkadot's Cottage ni sebab hadiah tu sangat mengujakan, sehingga saya rasa saya adalah orang yang patut dapat benda ini. Eh, cam tak cukup bagus je syarat kelayakan nih kan? ahahah

OK, kali nih siyes ok. Siapa tak suka giveaway kan? Lagi lagi yang comel the bomb cam nih. Welcoming board tuh boleh gantung dekat depan bilik dekat hostel. Pasti comel je, lepas tuh mengundang penjual penjual yang dari bilik ke bilik masuk promote barang. Diorang suka bagi sample kuih, sample kurma, bagi cuci mata tengok tudung-tudung, selendang comel-comel. Kalau tak beli pun, dapat cuci mata, dapat rasa sample free. Tipulah kalau sapa kata dia tak suka barang free. Kan? Pastuh, set glass tu, boleh guna untuk raya kan? Cantik dan ada style. Ceh, dah macam buat iklan je nih. Oleh itu, saya rasa saya layak menang hadiah dari Polkadot's Cottage disebabkan saya mahu daya penarik welcoming sign tuh menarik segala macam orang yang saya nyatakan di atas tadi. Eheh.

Sekian, marilah kita join ramai-ramai giveaway nih eh. Lagi ramai lagi bagus kan?

Saya nak tag: AmatineNoor, Khairiah, Mahirah.

RAZIQINE CONTEST : Marsya Makan Apa ?





Rasa rasanya, Marsya sedang asyik makan Burger-yang-balut-dengan-kulit-popia tuh. Orang panggil Burger Goreng kot selalu. Harap betul la eh. ;)

Sapa sapa nak join contest nih, meh klik sini.

Saya nak tag,

khairiah

ipa faiza

sekian, selamat berpuasa ;)

Saturday, August 14, 2010

Mrs Nor Raya Giveaway



Tertarik betul dengan give away raya dari Mrs Nor. Ada 3 hadiah untuk 3 peserta bertuah. Sorang satu la ye? Harap sangat boleh lekat tuah tuh kat sini. Boleh buat pinggan raya. Swit je kan giveaway kat atas tu???

Apa lagi, meh ramai-ramai join eh. Tarikh tutup dia: 23/8/2010. Anak dia akan cabut undi nanti. Jom klik nih cepat ;)

Ayu Little Cottage Giveaway



Give Away lagi. Suka kan dengar? Tuan Punya Blog yang budiman dah tanya sapa nak barang-barang kat atas nih sila angkat kaki dan tangan. Tak cukup dengan kaki dan tangan sendiri, dah suruh dah anak sedara, adik-adik angkat kaki hentak-hentak lantai sekali. hehehe

Mustahil la sapa yang tak nak kan? Ok, soalan lagi, nih kopipes dari tuan punya blog,

"Jika anda mendapat quilt bag ini nanti, apa yang anda akan masukkan kedalam beg tersebut dan kemanakah anda akan bawanya?"

Oh quilt bag tu sangat menawan hati. Kalau dapat la, harap-harap dapat la kan, senang nak bawak pergi kelas ke, pakai baju kurung corak kosong, pastuh pakai beg nih. Uihh, terbaik kan? ahha pastuh, boleh letak telekung, senang sket bila nak pergi sembahyang, takde la sumbat je macam selalu, dan rasanya boleh jugak letak buku atau notes nak pergi ke kelas. Swit je rasa. hahaha payung pun boleh sumbat sekali. Oh, terlupa lagi satu. Botol air. Muat kot, kan?

Lagi satu, sebelum terlupa, sempena birthday and Anniversary Kak Ayu & Husband, Happy Anniversary ya, mudah mudahan berkekalan bahagia hingga hujung nyawa. Aminnnn.

p/s: Selamat terbang ke Switzerland ya ;)

Saya tag kuizikel, luvida, dan khairiah ye. Jom join ramai ramaiiiiii

Only Sweet.Things OST Giveaway



Gambar kat atas nih menarik kan? Hadiah untuk pemenang lucky draw yang dianjurkan OST Cabin [only.sweet.things]. Nama blog dia je pun dah comel kan?

Tak payah nak ulang banyak kali, semua orang tahu, susah betul kalau aku nak menang giveaway yang berdasarkan lucky draw nih, tapi seperti biasa, harap akulah the lucky one tuh. eh eh, ekceli, dua orang dia nak pilih. ahaha ok ok. fine. harap harap bertuah ye. aminnnn. fuhhhhhh kanan fuh kiri. ;)

Eh, tunggu apa lagi. Cepat cepat join sini.

Lucky Draw: Miss Zahidah Mom's Birthday




Lucky Draw, Lucky Draw!!!!

Sebenarnya, kalau bab Lucky Draw nih, memang selalunye tak pernah nak jadi Pemenang Bertuah tu. Kalau dengar je cabutan bertuah, memang tak berharap la nak dapat, tapi, kali nih, kita tak tau kan? ahhaha Harap-harap la ye ;)

Meh meh tengok nih. Harap sempat lagi nak join nih. Tuan punye Blog kata 14 Ogos 2010, 11.59 pm. Sket je lagi dah nak tutup nih. Fuh kiri fuh kanan sket. ehehe.

Kelly's Life GiveAway



Comel betul apron nih kan? Warna pun ala-ala seswai je dengan apron tu. Sempena entry pertama (eh, ke yang kedua? ;)) harap harap tuah ni lekat la eh. Harap-harap dapat apron nih lepas tuh terus boleh belajar memasak dengan nenek, lepas tuh terus jadi calon menantu idaman setiap mak mertua. Chewaaahhh!!!

Nak join give away nih? klik sinih ok: Kelly's Life GA

Gud Lux ;)

Kenapa Saya Suka Bas Biru Abah?

Fuhh... lega. Penat dah pk link url apa untuk blog baru nih. Siap tanya Kuizikel.com merangkap akak kandung, (eh, kita memang seabah dan seibu kan?) ahahah. Dia bagi la nama omputih lucky-girl.blogspot.com la, im-a-lucky, baskalerbiru la, epal-hijau la, semangkakuning la, kemudian, sebab malas malas nak pk, dia kata, ok la ambik basbiruabah untuk link blog baru nih. Lepas tuh, aku pulak tak puas hati, sebab link dia macam tak best je. Pastuh, dia cadang bubuh "-" antara perkataan tu. Jadi,

terciptalah link untuk blog baru nih: http://bas-biru-abah.blogspot.com

Kenapa bas biru ek? Bukan bas kuning ke? bas merah ke?

Sebab, abah kitorang (ceh, tetiba guna "kitorang") ada bas kaler biru. Bas pendek. Kaler biru merangkap bas kilang. eheheh Nanti, kalau ada masa, aku bubuh gambar bas tuh kat sini eh.

Sampai sini dulu. Salam Ramadhan ;) Niat puasa jangan lupa, okes =)